Saturday, 12 December 2015

Kejayaan Tan Sri Syed Mokhtar Al-bukhary


Banyak yang diperkatakan mengenai seorang tycoon bumiputera terkenal di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari. Menjadi Bumiputera yang paling kaya dalam Malaysia dengan aset sebanyak 167 bilion, namanya amat masyhur baik di dalam mahupun di luar negara. Dengan banyak kepentingan dalam pelbagai bidang perniagaan termasuk pengangkutan dan logistik, perladangan, pembangunan hartanah, pertahanan dan gudang senjata serta generasi kejuruteraan dan kuasa, beliau adalah seorang tokoh simbolik yang memegang falsafah bahawa ‘pendidikan tidak menjamin kejayaan dalam hidup, tetapi kerja keras’.

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari dilahirkan ke dalam keluarga kelas pertengahan rendah di utara Semenanjung Malaysia. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Beliau hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Baru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal’s. Pendidikan yang tertinggi adalah hanya sehingga tingkatan lima, dan dia tidak pernah pergi ke universiti. Tetapi itu tidak bermakna dia tidak mempunyai pengetahuan. Banyak pengetahuan dan pengalaman beliau telah diperoleh melalui pengalaman keusahawanan sendiri semasa mudanya.
Disebabkan oleh latar belakang keluarga yang miskin, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari terpaksa melangkah ke dunia bekerja dalam kehidupan awal beliau, pada masa yang sama mengikuti pengajian rendah dan menengah. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu ibunya menanam dan menjual sayur-sayuran di pasaran dan juga menjual roti canai. Pengetahuan angka beliau digunakan untuk membantu bapanya dalam melakukan buku simpanan harian.
Selepas tamat sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari membantu bapanya dalam perniagaan lembu penternakan tetapi hanya untuk melihat perniagaan itu muflis akibat penyakit kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, beliau mengambil alih perniagaan dan mula semula dengan menjual daging. Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.
Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS. Tan Sri Syed Mokhtar kemudian menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas dan berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.
Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong TanGhiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.
Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.
Sekitar tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari menumpukan usaha beliau kepada bidang yang membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia. Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.Kejayaannya dapat dilihat dengan penguasaan sebanyak 90 peratus ke atas Seaport Terminal (Johor) Sdn. Bhd pada tahun 1993. Beliau juga telah berjaya mendapat satu projek mega apabila Seaport diberi penyerahan selama 30 tahun untuk membina Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP). Seaport memiliki 60 peratus daripada projek Pelabuhan Tanjung Pelepas dan menjadikan beliau sebagai pemegang saham yang terbesar. Beliau telah mendapat pujian oleh kerajaan kerana kejayaannya mengendalikan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) dimana beliau berjaya menguruskan pelabuhan tersebut menjadi satu pelabuhan yang cergas di bahagian Selatan Semenanjung Malaysia. PTP berjaya menarik minat syarikat perkapalan Taiwan Evergreen Marine Corporation seperti yang diumumkan akan memindahkan seluruh operasi kontenanya ke Johor daripada Singapura. Ia merupakan satu projek yang akan memacu rencana kerajaan Malaysia untuk membangunkan negara sebagai hak perkapalan yang termaju di rantau ini.
Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun. Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi. MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ianya dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor. Secara persendirian, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari juga memiliki SKS Ventures Sdn. Bhd di mana beliau telah diberi tanggungjawab menjalankan projek membina 2100MW tapak ‘gas-fired‘ di Tanjung Bin, Johor. Beliau juga mempunyai kepentingan di dalam PERNAS di mana Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari memiliki 32% saham melalui syarikat Restu Jerneh. Beliau juga turut memiliki kepentingan di dalam Fiamma Holdings Berhad di mana terdapat 18.68% saham diperoleh melalui Syarikat Perdana Padu Sdn Bhd dan Corak Kukuh Sdn Bhd miliknya. Tan Sri Syed Mokhtar juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Bina Puri Holdings Berhad di mana beliau merupakan pemegang saham secara individu sebanyak 7.34 %.
Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah. Malah, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan. “Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Al Bukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita,” pesan Tan Sri Syed Mokhtar Al BukhariYayasan (Islam) Al-Bukhary yang diasaskan beliau telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur.Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia. Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM775 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah. Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM1 juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.
Bagi menghargai sumbangan dan jasa baktinya, beliau telah dianugerahkan pingat dan darjah kebesaran antaranya Panglima Setia Mahkota (P.S.M) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong yang membawa gelaran Tan Sri dan Dato’ Setia mahkota Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato’.


Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari merupakan seorang yang tidak pernah mengenal erti kegagalan dan beliau sentiasa belajar dari apa juga kesilapan yang dilakukan. Beliau juga merupakan seorang yang berhati-hati dalam perniagaan terutamanya soal pembelian dan pengambilalihan kepentingan dalam sesebuah syarikat dan projek. Beliau seolah-olah memikirkan kepentingan orang ramai terutamanya bumiputera sebelum membuat apa-apa keputusan penting dalam perniagaan. Beliau memiliki peribadi unggul yang wajar dicontohi semua pihak.

Thursday, 10 December 2015

Cara Berbicara di depan umum

Komunikasi boleh dibilang berhasil apabila informasi yang kita sampaikan dapat diterima dengan baik oleh lawan bicara kita. Apalagi masa kita berkomunikasi di depan umum/publik. Dengan jangkauan audience yang lebih luas, anda perlu mempersiapkan diri di sini. Sebab seiring dengan kejayaan, kamu akan berkomunikasi di depan publik. Berikut tips berguna untuk anda yang ingin memperdalam dari segi public speaking.


1. Jadilah spontan.
Jangan menghafal isi pembicaraan . Dengan menghafal, maka gaya berkomunikasi kita akan terlihat kaku dan kedekatan personal tidak akan terjalin. Apalagi jika kita melupakan sesuatu perkataan dalam speech. Niscaya kita akan gelabah, panik, dan bicara kita jadi kacau.
2. Tulis isi yang ingin disampaikan dalam bentuk point.
Menulis isi yang penting-penting saja, kemudian menjelaskannya secara alami, itulah kunci untuk menciptakan komunikasi yang baik. Dengan demikian, anda tidak melewatkan satu pun ilmu yang ingin disampaikan.
3. Interaksi dengan audience.
Penting untuk mendapatkan feedback dari audience supaya komunikasi kita jadi lebih hidup. Makanya, jangan lupa untuk berinteraksi. Dari feedback audience, kita boleh mengukur level humor yang boleh diterima audience.
4. Tampalan humor.
Menurut Anthony Robbins, salah satu motivator dunia, humor adalah pelincir yang dapat membantu penyampaian informasi menjadi lebih lembut.
5. Penguasaan materi melahirkan improvisasi.
Sebelum melakukan speech, penting untuk menguasai materi supaya kita boleh melakukan improvisasi. Terutama apabila tempoh  masih panjang, sementara materi  sudah habis.
6. Time Management.
Atur waktu yang diberikan dengan baik. Dengan time management yang sudah diperkirakan sebelumnya, anda boleh lebih mudah menyusun materi dan menepati deadline.
7. Gunakan kekuatan cerita.
Jangan meremehkan kekuatan cerita. Pengalaman asli merupakan media yang paling ampuh untuk meyakinkan audience. Apalagi jika disampaikan dengan gaya yang meyakinkan. Mereka akan larut dengan ceritamu.
8. Bangun kredibiliti.
Percayalah bahawa kredibiliti pembicaraan mampu mempengaruhi tingkat kepercayaan pendengar. Ada banyak cara untuk membangun kredibiliti, misalnya dengan gaya yang lugas. Namun cara paling mudah adalah menyiapkan fakta berupa data dan statistik untuk mendukung statement yang kita sampaikan.
9. Mix pesan yang akan disampaikan.
Mix materi, humor, cerita dan statistik di atas dalam sebuah informasi yang menarik untuk didengarkan. Di sini, anda boleh memujuk sekaligus menghiburkan.
10. Berbicara dengan jelas.
Seorang pembicara harus terlatih untuk berbicara dengan jelas. Supaya setiap informasi dapat diterima dengan baik. Maka bersyukurlah jika negara kita menggunakan Bahasa Malaysia, di mana penulisan adalah sama dengan pengucapan.
11. Gunakan intonasi yang berbeza.
Apabila kita hanya menggunakan 1 intonasi saja selama speech, maka speech kita akan terdengar datar dan boring. Beri letupan-letupan bila perlu.
12. Peranan mata.
Peranan mata sangat penting dalam membangun suatu komunikasi. Mereka akan merasa special. Perhatian mereka tidak sekadar bertepuk sebelah tangan.
13. Gunakan bahasa tubuh.
Seringkali seorang speaker tangannya mati ketika di depan publik. Padahal bahasa tubuh mampu memberi penegasan-penegasan pada informasi yang ingin ditekankan. Maka seringlah mengangkat tangan kamu tinggi-tinggi di depan cermin untuk menemukan pose.
14. Jangan ragu untuk “pause” dan ambil nafas.
15. Hindari kata “emm” atau “ehh”.
Daripada emm dan ehh, akan lebih baik bila menutup mulut dan kemudian mengambil nafas. Setelah itu baru memikirkan apa yang ingin disampaikan selanjutnya.
16. Be Interesting.
Posisikan dirimu sejajar. Jangan minder. kamu akan nampak lebih interesting untuk dilihat.
17. Tunjukkan rasa percaya diri anda.
Seperti hal demikian, manusia mempunyai cara untuk menyatakan rasa percaya pada diri sendiri. Tersenyum, pegang dagu dan membusungkan dada adalah beberapa sikap yang menunjukkan sikap percaya diri.
18. Buang tekanan yang kamu rasakan.
Rasa gugup mungkin akan menyelimuti perasaan anda saat akan mulai berbicara. Hal tersebut normal. Pembicara yang berpengalaman pun terhadap masih dihinggapi rasa gugup. Cara paling mudah menghadapi rasa gugup tersebut adalah merubah mindset kamu. Berpikirlah bahawa anda di sini membawa informasi yang berharga bagi audiencemu.
19. Persiapan.
Siapkan segala hal yang mengenai speech. Mulai dari point-point yang paling kecil sekalipun seperti sapu tangan di saku dan air mineral.
20. Jam terbang.
Langkah paling akhir untuk menjadi pembicara yang baik adalah terus berlatih. berbicaralah seskerap mungkin. Ambil setiap kesempatan yang ada. Sebab seiring intensitas trial & error, kamu baru boleh menemukan rumusan yang ptepat.
Sekian,

Tuesday, 3 November 2015

cara buat duit melalui Nuffnang

cara buat duit melalui Nuffnang



Hari ini saya ingin kongsikan satu tutorial yang lengkap mengenai Nuffnang. Saya tahu mesti dah ramai yang mengetahui dan mengenali tentang Nuffnang ini, tetapi saya buat tutorial ini khas untuk blogger-blogger baru. Ini kerana semasa saya blogwalking, saya terjumpa blog-blog yang bertanyakan mengenai Nuffnang ini.
“Macam mana nak join Nuffnang ini? , Kena bayar ke tidak? , Kena ada akaun bank ke tidak? , Macam mana nak letak iklan Nuffnang dalam Blog?, Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang? , Apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings? , Macam mana nak dapatkan Buffered Earnings?"
Itulah antara persoalan yang sering ditanyakan oleh blogger yang baru termasuklah saya satu ketika dahulu. Oleh sebab itu saya ingin membantu rakan-rakan blogger yang lain, saya buat tutorial yang lengkap edisi cara membuat duit dengan Nuffnang (A to Z) bagi menjawab semua persoalan diatas itu.Harap saya dapat membantu semua para-para blogger yang masih baru.
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia. Nuffnang menawarkan perkhidmatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita (Kita ini dinamakan publisher). Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak, anda tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini. Ini kerana mereka menggunakan khidmat kita untuk mempromosikan iklan mereka, jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak, Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50, duit akan dibayar melalui cek, Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda. Selepas menerima cek berkenaan anda boleh masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.
Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials .Ini penjelasan yang telah dibuat oleh Blur.Saya ambil dan kongsikan disini:-
CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings)
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu…
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn…
Advertorials
  • Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang… Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka…
  • Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda…
  • Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka…
  • Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post…
  • Untuk medapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyi content blog yang menarik… (UV tak sure plak berape ramai sehari)
Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya anda akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi anda akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000. Bagi memudahkan anda dapat duit hari-hari, jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun anda akan mendapat duit setiap hari. Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.
Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings,blog anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang. Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog anda mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu, anda kena mengemaskini biodata dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang. Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda. Ini kerana,pihak pengiklanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.
  • Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
  • Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
  • Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
  • Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang

Kegunaan Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang
Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.
  1. Complete the blogger bio
    Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
  2. Add your blog(s) to the Blog Manager
    After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
  3. Add Nuffnang ad units to your blog
    Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.
Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada anda untuk membuat analisis mengenai blog anda.
Earnings
Anda boleh melihat jumlah earnings anda dekat sini.Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga anda boleh nak cashout earnings korang.
Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk anda dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-
  1. Leaderboard

  2. Skyscraper

  3. Large Rectangle

Blog Manager
Anda boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager.Disini juga anda update blog survey.[rujuk diatas]
Blogger Bio
Update biodata anda[rujuk diatas]
Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot
Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda
  1. Log in Dashboard Blog Anda
  2. Pergi ke “Page Element”
  3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
  4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
  5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
  6. Save

Sebarang pertanyaan yang kurang jelas anda boleh tinggalkan mesej dibawah ini . 

Monday, 2 November 2015

Cara Berjimat Untuk Pelajar Universiti





Assalamualaikum kepada semua, Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.



Wujudkan Dana Kecemasan



Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpan

Gunakan pengangkutan awam


Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Buat perbandingan harga semasa membeli-belah


Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Amalan Peraturan 10 Peratus 


Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.an sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Jadilah pelajar yang bijak


Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

Potong kad kredit anda


Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Gunakan Internet untuk membuat panggilan


Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.

Amalkan tabiat melabur


Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Gunakan kad pelajar anda


Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Kurangkan bil elektrik anda


Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.




Apa itu whatsappweb ?





Apa itu WhatsApp Web? Seperti namanya, WhatsApp Web adalah versi web dari WhatsApp, yang berguna untuk chatting WhatsApp melalui web, menggunakan web browser di PC/komputer atau laptop Anda. Bagaimana cara menggunakan WhatsApp Web?

Pertama sekali, silakan update aplikasi WhatsApp di ponsel Anda (untuk Android, Windows Phone, Blackberry dan Symbian saja, untuk iOS saat ini belum support) ke versi terbaru .

Selanjutnya, buka web.whatsapp.com melalui Google Chrome, Opera, atau Firefox di PC atau laptop Anda. Di situ Anda akan menemukan kode QR besar untuk proses autentikasi nantinya.





PENTING: Bila Anda menggunakan PC atau komputer bersama/milik umum, matikan pilihan Keep me signed in agar riwayat pesan WhatsApp Anda tidak dibaca dan disalahgunakan pihak lain. Bila terlanjur, silakan buka aplikasi WhatsApp di telefon Anda > Menu > WhatsApp Web > Log out from all computers.

Buka aplikasi WhatsApp di telefon Anda, masuk ke Menu > WhatsApp Web, kemudian pindahkan kode QR besar tadi menggunakan telefon Anda.

TIPS: Bila Anda tidak boleh menjumpai tombol OK, GOT IT, sila tekan bahagian kanan bawah popup untuk memulakan pemindahan tersebut.








Apabila pilihan WhatsApp Web belum muncul, sila cuba tutup terus (Force stop) aplikasi WhatsApp Anda lalu mulakan kembali. Bila masih belum muncul, backupriwayat chatting WhatsApp Anda, kemudian lakukan Clear chace, masih belum muncul, cuba Clear data. Apa? belum juga? Uninstall aplikasi WhatsApp Anda dan install kembali. 

kini Anda boleha chatting WhatsApp di PC Anda via WhatsApp Web, tanpa emulator . Mesej yang dihantar dan diterima melalui WhatsApp Web akan automatik segera dengan aplikasi WhatsApp di telefon Anda, jadi Anda tidak perlu bimbang kehilangan mesej WhatsApp masa menggunakan WhatsApp Web.




Untuk mengaktifkan notifikasi WhatsApp di PC Anda (notifikasi desktop dari Google Chrome), klik Turn on desktop notifications di WhatsApp Web lalu klik Allow.




Masa menerima mesej, secara default WhatsApp Web akan mengeluarkan suara, begitu pula telefon Anda . Agar tidak mengganggu, Anda boleh mematikan notifikasi suara di WhatsApp Web melalui Menu (sebelah kiri) > Notifications > hapus semak pada pilihan Sounds.



Sebagai catatan, untuk tetap boleh WhatsAppan via WhatsApp Web, telefon Anda harus tetap terhubung ke internet. Walaubagaimanapun, Anda tak perlu membuka aplikasi WhatsApp di telefon Anda. Sepanjang aplikasi tersebut tetap berjalan di background dan terhubung ke internet, Anda boleh menggunakan WhatsApp Web di PC/komputer atau laptop tanpa masalah.

Berbeza dengan WhatsCloud yang telah dibahas beberapa waktu yang lalu, selain mesej teks dan emoji, Anda boleh mengirim gambar serta mesej suara melalui WhatsApp Web. Selain itu, Anda juga boleh melihat informasi kontak (termasuk Last seen, gambar profil, dan status) serta group WhatsApp Anda langsung melalui WhatsApp Web.