Saturday 31 October 2015

Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Secara Online

Kebaikan dan Kelebihan Bisnes Secara Online



jika anda ingin ceburkan diri dalam dunia perniagaan,  disarankan untuk anda pilih perniagaan yang boleh dijalankan secara online. Bukan bermakna perniagaan offline tidak bagus atau tiada peluang untuk berjaya, tetapi perniagaan yang dilakukan secara online kurang berisiko dan lebih mudah untuk dijalankan. Namun begitu walaupun terdapat banyak kelebihan bisnes online, tidak semua orang yang akan berjaya dalam perniagaan online. Saya akan cuba huraikan lagi dalam post yang akan datang “Kenapa orang ramai yang gagal dalam bisnes online”. Anda harus ingat MUDAH tidak semestinya
MENJAMIN KEJAYAAN.


1- Kos Murah 
Modal permulaan yang boleh dikatakan agak rendah berbanding perniagaan secara offline. Anda boleh memulakan perniagaan online bermula dengan modal serendah RM200 ke RM1,000. Berbeza dengan perniagaan offline, anda sekurang-kurangnya perlu menyediakan modal sekitar RM3,000 walaupun untuk memulakan bisnes jual burger.

2- Bisnes 24 jam 

Perniagaan online anda boleh bergerak 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan 365 hari setahun. Dengan erti kata yang lain perniagaan anda beroperasi tanpa henti. Dengan teknologi terkini yang ada sekarang semua ini mampu anda lakukan dengan kelebihan bisnes online. Berbeza dengan bisnes offline, ada yang bergantung kepada musim, ada yang bergantung kepada waktu bekerja rasmi dan pendek kata mempunyai had masa untuk dijalankan.


3- Kurang Risiko
Semua perniagaan mempunyai risiko. Cumanya kelebihan bisnes online ni ianya mempunyai risiko yang paling rendah berbanding perniagaan offline. Modal yang anda keluarkan untuk perniagaan online boleh disalurkan kepada bentuk bisnes lain sekiranya anda bertemu jalan buntu untuk meneruskannya. Misalnya tapak hosting yang anda sewa dan tools yang anda langgan di internet masih boleh digunakan semula untuk apa saja bentuk perniagaan anda di internet. Berbeza dengan bisnes offline modal yang telah anda keluarkan untuk membeli aset dan sebagainya kurang sesuai untuk bisnes lain. Misalnya mana mungkin anda boleh gunakan semula peralatan bisnes burger untuk anda gunakan dalam bisnes kedai dobi.


4- Kebebasan Masa Bekerja 
satu lagi kelebihan bisnes online ialah anda boleh tentukan sendiri masa untuk anda bekerja. Bisnes online tersedia untuk dijalankan pada bila-bila masa. Sekiranya anda sudah memiliki pekerjaan tetap, anda masih boleh lakukan bisnes online anda selepas waktu bekerja. Pendek kata tiada had masa dan tiada kekangan untuk anda bekerja malah anda bebas tentukan masa anda.


5- Kebebasan Tempat Bekerja 
dengan bisnes online anda boleh kawal dan jalankan bisnes anda hanya dari depan laptop atau PC anda. Anda bebas lakukan perniagaan anda dari mana-mana tempat baik di rumah, di restoran, di kampung, dalam perjalanan ke sesuatu tempat, ketika anda melancong atau sedang bercuti anda tetap boleh menyelia atau monitor perniagaan anda asalkan anda mempunyai akses ke internet untuk online.


6- Tiada Perlu Sewa Pejabat atau Kedai 
melalui bisnes online anda sebenarnya sudah memiliki pejabat dan kedai maya. Semua tempat adalah pejabat anda dan semua tempat adalah kedai anda. Anda cuma perlukan beberapa peralatan asas seperti laptop/PC dan talian internet. Selain itu anda boleh sewa tapak hosting atau memiliki nama domain perniagaan anda sendiri jika mahu nampak lebih profesional serta meningkatkan lagi kelebihan bisnes online anda.

7- Isu Lesen Perniagaan 

anda tidak perlu bersusah payah untuk memohon lesen, banyak perniagaan di internet yang sudah tersedia mempunyai lesen perniagaan yang sah, anda cuma perlu jalankannya sahaja. Walaubagaimanapun terdapat juga perniagaan internet yang memerlukan kebenaran dan lesen yang sah untuk menjalankannya, anda perlu mohon untuk dapatkannya.

8- Pelbagai Jenis Perniagaan 
inilah kelebihan bisnes online, anda tidak terhad untuk hanya jalankan satu jenis bisnes sahaja, anda bebas menjalankan seberapa banyak perniagaan yang anda mahu. Ini kerana setiap bisnes online anda boleh dijalankan secara automasi dengan pelbagai tools atau peralatan yang ada di internet. Tetapi adalah dinasihatkan anda bermula dengan satu bentuk perniagaan sehingga berjaya dan seterusnya anda boleh tambah bisnes anda dari masa ke semasa. Berbanding dengan perniagaan offline ianya mungkin akan membataskan anda untuk melakukan lebih daripada satu bentuk perniagaan. Mungkin anda hanya mampu jalankan cuma 2 atau 3 sahaja disebabkan kekangan masa dan keupayaan anda.

9- Tidak Perlu Travel 

dengan kelebihan bisnes online yang ada, anda tidak perlu bergerak ke sana ke mari hanya untuk berjumpa pelanggan atau menghantar produk anda. Anda boleh berjumpa pelanggan anda hanya dari komputer anda. Anda boleh menghantar informasi atau maklumat melalui sistem email, video dan pelbagai lagi tools yang ada. Malah anda boleh terus bersemuka dengan pelanggan anda melalui atas talian jika anda mahu. Berkaitan penghantaran produk pula anda boleh gunakan khidmat kurier, terdapat banyak perkhidmatan penyedia khidmat penghantaran melalui kurier, pilih saja yang mana sesuai dengan bisnes anda. Pendek kata tidak timbul isu komunikasi antara anda dan pelanggan anda.

10- Peluang Bisnes Global 
bisnes online memungkinkan anda mengembangkan perniagaan anda ke seluruh dunia. Tidak timbul lagi soal kedudukan geografi walau apa pun perniagaan yang anda ingin lakukan asalkan perniagaan anda sesuai dengan mereka, anda boleh promosikannya ke seluruh dunia. Inilah kelebihan bisnes online, ianya tiada batasan dan sempadan, anda boleh berhubung dengan pelanggan anda di Singapore, Brunei, Indonesia, Thailand, US, Canada, Asia, Eropah dan walau ke mana sahaja.

11-Pelanggan Tanpa Had 
seperti yang saya nyatakan di atas, anda boleh jalankan bisnes online anda ke mana saja seluruh ceruk dunia, maka secara tidak langsung anda mempunyai pelanggan yang tiada had. Bayangkanlah berapa jumlah pengguna internet seluruh dunia atau jika dilihat pengguna internet di Malaysia pun sudah cukup rasanya buat anda. Perkara ini tidak mungkin terjadi dengan bisnes offline anda. Di mana anda terlalu bergantung dengan pasaran setempat atau bilangan penduduk sekitar lokaliti anda. Lihatlah kehebatan serta kelebihan bisnes online yang anda jalankan.


12- Peluang Pendapatan Pasif 
satu lagi kelebihan bisnes online ni anda berpeluang menjana pendapatan pasif atau pasive income. Dengan erti kata lain anda boleh dapat wang ketika anda sedang nyenyak tidur. Berdasarkan pengalaman saya, ianya bukan satu perkara yang terlalu mudah tetapi bukan juga sesuatu yang mustahil, anda cuma perlukan sedikit kesabaran untuk mencapainya. Sekali anda sudah mula menjana income pasif anda akan terus menjananya tanpa henti walaupun anda cuba hentikannya.
Begitulah sedikit sebanyak beberapa kebaikan dan kelebihan bisnes online. Sebenarnya terdapat banyak lagi kebaikan dan kelebihan bisnes online jika hendak diperkatakan, bagi saya cukuplah dulu dengan perkara-perkara asas berkaitan kelebihan bisnes online seperti yang saya terangkan di atas. 








Walaubagaimana mudah sekalipun bisnes online ni, tidak dinafikan ianya tetap mempunyai cabaran dan kekangan. Anda harus ingat tiada yang betul-betul ‘PERFECT’ dalam dunia ni, cuma jika berdasarkan perbandingan saya lebih galakkan anda ceburi bisnes online. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang berhasrat menjalankan perniagaan secara sambilan atau part time. Yang penting harus anda ingat, anda harus istiqamah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan dan berikan komitmen sepenuhnya ke atas apa jua perniagaan anda.


Mulalah bina empayar perniagaan online anda dari sekarang serta eksploitasi segala kelebihan bisnes online yang ada. Jika anda tidak mencubanya anda tidak akan dapat pengalaman dan sampai bila-bila pun anda tidak akan berjaya menjana income pertama di internet. Walaubagaimanapun, nasihat saya anda harus berhati-hati memilih perniagaan yang ingin dijalankan di internet. Sekian dulu untuk kali ini, semoga anda sukses dalam apa jua perniagaan yang anda jalankan.














No comments:

Post a Comment