Friday 30 October 2015

Kelebihan MagicSim

Ada apa dengan prabayar magicsim celcom ? 

Harga Xpax Magic Sim
Harga saranan bagi simkad baru ialah RM5 dengan jumlah kredit sedia ada RM3.
Dekat internet mungkin ada peniaga jual dengan bermacam-macam harga, dan bermacam-macam bonus, topup percum tapi yang pasti harga RRP hanya RM5 termasuk GST. Kad sim Xpax Magic Sim ialah kad sim saiz normal, dan tiada pilihan untuk kad sim Nano atau Micro. Pengguna iPhone terutamanya agak leceh sikit kena potong atau tukar kepada kad sim Nano yang baru.
By default, kad sim Magic Sim sudah menyokong 4G LTE.
Convert Pelan Sim Kad Biasa kepada Magic Sim
Jika ada pengguna pelan Xpax sedia ada seperti IOX, UOX dan sebagainya, anda boleh convert ke pelan Magic Sim dengan menggunakan SMS.
Tapi saya difahamkan bagi yang convert pelan dari UOX ke Magic Sim, anda akan kehilangan tempoh validity hingga umur 26 tahun.
Manakala, trick untuk extend validity hingga 1 tahun juga tidak lagi valid. (SMS EXP1 ke 28882)
Jadi sebelum anda convert pelan, fikir dulu yang mana lebih menguntungkan anda.
Jika anda mahu MNP atau convert dari Hotlink, Digi, Umobile, Altel etc ke Magic Sim, anda boleh ke Celcom Center berdekatan.

KELEBIHAN XPAX MAGIC SIM

Internet asas percuma ini hanya mempunyai kelajuan 64 kbps. Agak perlahan untuk browsing dan agak impossible untuk streaming video tetapi anda tidak boleh complain lebih sebab ianya percuma. Haha. Basically anda kini boleh on Data pada telefon pintar anda setiap masa tanpa langgan pakej internet tambahan cuma kalau perlukan internet yang lebih laju baru kena langgan data tambahan.
  • Percuma 64 kbps internet asas, cukup untuk hantar/terima mesej dari aplikasi Whatsapp, Line, Telegram, Wechat dan sebagainya
  • Percuma Data kelajuan tinggi 200 MB
  • Percuma 20 minit panggilan atau 20 SMS
  • Kadar panggilan serendah 12 sen seminit
  • Tiada caj PPU dikenakan, kredit tidak akan ditelan sekiranya internet habis kuota
  • Baki internet bulanan boleh di bawa ke bulan hadapan
  • Ianya adalah Prabayar (prepaid), since ramai kata postpaid leceh, nak kena daftar bil dan sebagainya
Yang membezakan Magic Sim dengan prepaid telco lain, ialah, dengan Magic Sim anda dapat banyak freebies setiap kali anda beli topup;

  • Topup RM5 dapat 50MB data percuma, 5 min call atau 5 SMS
  • Topup RM10 dapat 100MB data percuma, 10 min call atau 10 SMS
  • Topup RM30 dapat 300MB data percuma, 30 min call atau 30 SMS
Manakala Celcom juga akan memperkenalkan pakej RM30 sebulan dengan 1.8GB data. Untuk langgan pakej data anda boleh dail *118#.
Kelajuan internet Magic Sim
Internet coverage di tempat saya tinggal dan speed Celcom/Xpax paling memuaskan saya setakat ini dan ini adalah speedtest yang saya dapat menggunakan kad sim Xpax Magic Sim.


Signal H+ : 9.42 Mbps download speed, 2.10 Mbps upload speed

diantara XPAX MagicSim VS Hotlink ?


Inilah dia kelebihan yang anda-anda semua akan dapat bila menggunakan MAGIC SIM. Nampak tak? Ada FREE HI-SPEED INTERNET setiap kali RELOAD dan ianya bergantung pada berapa ringgit yang kita RELOAD



Renung-renungkanlah mana yang lagi terbaik :


No comments:

Post a Comment