Tuesday 3 November 2015

cara buat duit melalui Nuffnang

cara buat duit melalui Nuffnang



Hari ini saya ingin kongsikan satu tutorial yang lengkap mengenai Nuffnang. Saya tahu mesti dah ramai yang mengetahui dan mengenali tentang Nuffnang ini, tetapi saya buat tutorial ini khas untuk blogger-blogger baru. Ini kerana semasa saya blogwalking, saya terjumpa blog-blog yang bertanyakan mengenai Nuffnang ini.
“Macam mana nak join Nuffnang ini? , Kena bayar ke tidak? , Kena ada akaun bank ke tidak? , Macam mana nak letak iklan Nuffnang dalam Blog?, Macam mana nak dapat duit dari Nuffnang? , Apa itu Buffered Earnings dan Metered Earnings? , Macam mana nak dapatkan Buffered Earnings?"
Itulah antara persoalan yang sering ditanyakan oleh blogger yang baru termasuklah saya satu ketika dahulu. Oleh sebab itu saya ingin membantu rakan-rakan blogger yang lain, saya buat tutorial yang lengkap edisi cara membuat duit dengan Nuffnang (A to Z) bagi menjawab semua persoalan diatas itu.Harap saya dapat membantu semua para-para blogger yang masih baru.
Apakah Nuffnang?
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan Internet di Malaysia. Nuffnang menawarkan perkhidmatan menyewa tempat iklan di blog-blog kita (Kita ini dinamakan publisher). Nuffnang akan meletakkan iklan mereka di blog kita dan kita akan mendapat duit sekiranya visitor blog kita klik pada iklan berkenaan.(penjelasan secara basic)
Adakah Kena Bayar Untuk Join Nuffnang?
Tidak, anda tidak perlu membayar apa-apa pun untuk menyertai Nuffnang ini. Ini kerana mereka menggunakan khidmat kita untuk mempromosikan iklan mereka, jadi mereka harus berikan duit kepada kita bukannya kita yang bagi duit kepada mereka. Boleh dikatakan kita ini adalah promoter bagi syarikat Nuffnang. Kerja yang perlu kita buat adalah mempromosi iklan Nuffnang di blog kita.
Adakah Nuffnang Memerlukan Akaun Bank Untuk Mendaftar?
Tidak, Ini kerana setelah duit simpanan anda mencukupi RM50, duit akan dibayar melalui cek, Nuffnang akan menghantar cek ke rumah anda. Selepas menerima cek berkenaan anda boleh masukkan duit berkenaan ke akaun bank anda sendiri.
Macam Mana Nak Dapatkan Duit Dari Nuffnang?
Terdapat 3 jenis pengiklanan yang disediakan oleh Nuffnang iaitu Campaign(CPC),Buffered Earnings dan Advertorials .Ini penjelasan yang telah dibuat oleh Blur.Saya ambil dan kongsikan disini:-
CPC (Cost per click)
  • Earning anda adalah berdasarkan click visitor anda kepada iklan anda… Iklan nie selalu ade pukul 12 tengah malam dan 12 tenga hari… Pukul 4-6 petang pon ade jugak…
CPM (Buffered earnings)
  • Earning ini adalah bagi blogger yang mempunyai unique visitor yang maintain 200+ sehari… Earning ini dimana advertiser akan berurusan dengan pihak Nuffnang untuk menyewa tapak di blog anda dengan mengikut bilangan unique visitor anda…
  • Katakan Celcom tertarik dengan blog anda dan ingin menyewa untuk 200 UV sehari selama seminggu… Jadi tiap -tiap hari bermula pukul 12 tengah malam iklan nie akan muncul di blog anda dan akan hilang apabila UV anda mencecah 200 UV pada hari tersebut…
  • Iklan ini selalu berlangsung selama 1 minggu…
  • Jika ada visitor yang mengclick iklan ini anda juga akan mendapat earnings untuk CPC bagi iklan ini secara automatik… Ianya akan dikira sekiranya iklan yang diklik melebihi 0.2% daripada nilai keseluruhan BE anda…
  • Jika tidak earning untuk CPC tersebut akan burn…
Advertorials
  • Ini merupakan earnings yang sangat advance di dalam Nuffnang… Earning nie merupakan sesuatu yang confidential dimana mereka yang mendapat earning ini tidak boleh mereveal nilai earnings mereka…
  • Format earnings ini pula adalah di mana jika ada Advertiser yang tertarik dengan blog anda dan anda mempunyai bilangan UV yang tinggi maka mereka akan beriklan dengan anda…
  • Caranya ialah anda dikehendaki menulis 1 post berkenaan produk terbaru mereka ataupon berkenaan website mereka…
  • Earnings ini paling masyuk sebab nilainya boleh menjadi beratus-ratus satu post dan mungkin menjadi beribu-ribu satu post…
  • Untuk medapat iklan ini anda perlulah mempunyai UV yang sangat tinggi dalam masa sehari dan mempunyi content blog yang menarik… (UV tak sure plak berape ramai sehari)
Apakah Buffered Earnings Dan Metered Earnings
Buffered Earnings biasanya anda akan dapat sekiranya visitor korang melebih 100 uv-200 uv sehari.Pihak pengiklanan akan memberi ruang iklan di blog anda menerusi Nuffnang dan iklan berkenaan akan sentiasa terpapar di blog korang sehinggalah habis page impression yang diberikan oleh pihak pengiklanan.
Contohnya,Celcom memberikan ruang iklan anda dengan harga RM50 untuk 10000 page impression,jadi anda akan dapat RM 50 setelah page impression blog korang melepasi 10000. Bagi memudahkan anda dapat duit hari-hari, jadi pihak nuffnang akan membahagikan page impression dengan jumlah harga iklan itu supaya akaun anda akan mendapat duit setiap hari. Iklan Celcom itu akan bertukar menjadi Metered Earnings setelah blog korang melepasi page impression yang dibeli oleh pihak Celcom.
Cara Mendapat Buffered Earnings
Untuk mendapat Buffered Earnings,blog anda perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Nuffnang. Saya pun tidak berapa tahu syarat-syarat untuk mendapatkan Buffered Earnings ini dengan tepat tetapi blog anda mesti mendapat visitor sekurang-kurangnya 100-200 uv sehari.
Selain itu, anda kena mengemaskini biodata dan survey mengenai blog korang di akaun Nuffnang korang. Pastikan korang mengambil sedikit masa untuk mengemaskini akaun anda. Ini kerana,pihak pengiklanan akan melihat biodata dan survey yang korang buat sebelum memilih untuk beriklan di blog anda.
  • Mesti mempunyai visitor sekurang-kurangnya 100 uv sehari
  • Mesti mengisi dan mengemaskini biodata diri di Nuffnang(ada dibahagian Blogger Bio)
  • Mesti update blog survey di Nuffnang(ada di bahagian Manage Blog)
  • Sekiranya masih tak dapat BE,try lah hantarkan email ke Nuffnang

Kegunaan Menu-Menu Yang Terdapat Di Nuffnang
Getting Started
Ini merupakan menu baru yang disediakan oleh Nuffnang.Menu ini memberikan tunjuk ajar kepada blogger yang baru mendaftar dengan Nuffnang.
  1. Complete the blogger bio
    Please take a few minutes to complete the Blogger Bio, and tell us a little about yourself. This will help us know you better, and allow us to recommend you for sponsored posts.
  2. Add your blog(s) to the Blog Manager
    After you have completed your blogger profile, register your blog(s) on the Nuffnang network using the Blog Manager. Once you have added your blog to the Blog Manager, you will be prompted to fill in a survey for that blog. This survey is very important as it allows us to target ads for your blog.
  3. Add Nuffnang ad units to your blog
    Click on the “Add Ads” icon on your dashboard. Here you will find the codes to add ad units to your blog.
Analytics
Menu ini memberikan kemudahan kepada anda untuk membuat analisis mengenai blog anda.
Earnings
Anda boleh melihat jumlah earnings anda dekat sini.Disini semua maklumat mengenai Buffered Earnings,Metered Earnings dan Campaign.Disini juga anda boleh nak cashout earnings korang.
Add Ads
Add ads ini adalah tempat untuk anda dapatkan kod untuk diletakkan di blog anda.Terdapat tiga jenis iklan iaitu :-
  1. Leaderboard

  2. Skyscraper

  3. Large Rectangle

Blog Manager
Anda boleh tambah dan buang blog korang menggunakan menu Blog Manager.Disini juga anda update blog survey.[rujuk diatas]
Blogger Bio
Update biodata anda[rujuk diatas]
Cara Nak Letakkan Kod Iklan Di Blogspot
Baiklah,sekarang saya akan tunjukkan cara-cara untuk letakkan kod iklan di blogspot anda
  1. Log in Dashboard Blog Anda
  2. Pergi ke “Page Element”
  3. Klik “”Add a Gadget” dan pilih “Html/Javascript”
  4. Log in ke akaun Nuffnang dan pergi ke menu “Add Ads”
  5. Copy kod yang diberikan dan paste di widget “html/Javascript”
  6. Save

Sebarang pertanyaan yang kurang jelas anda boleh tinggalkan mesej dibawah ini . 

Monday 2 November 2015

Cara Berjimat Untuk Pelajar Universiti





Assalamualaikum kepada semua, Menjadi seorang pelajar kampus sudah tentunya bukan tugas mudah. Selain mengulang kaji pelajaran dan menyiapkan tugasan, anda juga perlu menguruskan wang agar dapat menjalani hidup sebagai seorang pelajar dengan aman dan tenang. Sekiranya gagal menguruskan wang dengan bijak, ia boleh menganggu tumpuan dan seterusnya memberi kesan kepada pembelajaran anda.



Wujudkan Dana Kecemasan



Sebagai pelajar, ada masanya akan berhadapan dengan kejadian yang tidak dijangka dan ianya memerlukan perbelanjaan yang banyak. Sebagai contoh, anda boleh jatuh sakit dan perlu dibawa ke hospital, kenderaan atau komputer mungkin rosak dan perlu diperbaiki, serta isu-isu kewangan yang lain. Sekiranya anda tidak mempunyai dana kecemasan, anda pasti akan berdepan dengan pelbagai masalah. Namun, dengan adanya dana kecemasan, anda tidak perlu runsing dan berhutang dengan orang lain kerana anda mempunyai wang simpan

Gunakan pengangkutan awam


Menggunakan pengangkutan awam biasanya melibatkan kos yang lebih rendah berbanding memandu kereta. Jika kurang minat menaiki pengangkutan awam, kongsi kereta bersama rakan-rakan! Fikirkan juga tentang membeli motosikal atau basikal supaya boleh menjimatkan wang untuk petrol. Sentiasa merancang perjalanan mengikut jadual dan keperluan sahaja. Sebagai contoh, jika destinasi yang dituju tidak jauh dan cuaca mengizinkan, apa salahnya jika berjalan kaki berbanding memandu kereta?

Buat perbandingan harga semasa membeli-belah


Dengan membandingkan harga dan mencari tawaran yang terbaik, anda mampu menjimatkan wang setiap kali membeli-belah. Membandingkan harga juga mengajar kita untuk menjadi lebih berhati-hati dan bersabar semasa membeli barang. Sebagai seorang pembeli yang bersabar dan berhati-hati, anda tidak akan terdorong oleh nafsu ketika membeli, malah akan sentiasa berusaha mendapatkan nilai yang terbaik untuk wang anda!

Amalan Peraturan 10 Peratus 


Secara amnya, Peraturan 10% bermakna anda perlu menyimpan 10% daripada wang yang anda miliki setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai RM500 setiap bulan, simpanlah RM50. Apabila menerima duit pinjaman PTPTN, MARA, biasiswa atau elaun daripada ibubapa setiap bulan, pastikan anda menyimpan sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah yang diperolehi. Wang ini boleh dijadikan simpanan dan pelaburan anda pada masa depan. Amalan ini juga akan mendidik anda untuk menjadi lebih konsisten dan berdisiplin dalam menyimpan wang pada masa akan datang.an sendiri. Tetapi ingat: Dana kecemasan harus digunakan untuk KECEMASAN SAHAJA!

Jadilah pelajar yang bijak


Sebagai pelajar yang bijak dalam pelajaran, anda juga perlu bijak berbelanja. Cetak tugasan anda di kedua-dua belah muka surat kertas, beli isian semula mesin pencetak dan bukannya kartrij pencetak, pinjam buku rujukan daripada pelajar senior/rakan/perpustakaan, sewa rumah bersama kawan-kawan dan makanlah di kampus. Secara amnya, perkhidmatan dan kemudahan di kampus seperti sewa asrama, fotokopi dan lain-lain adalah lebih murah, jadi ambillah kesempatan ini! Lebih elok lagi, kumpulkan kawan-kawan anda dan carilah peluang mendapatkan diskaun apabila membeli barang (buku, alat tulis, dll) secara pukal di kampus.

Potong kad kredit anda


Kajian yang dilakukan Jabatan Perangkaan Malaysia mendapati bahawa 50% rakyat Malaysia yang diisytiharkan muflis berusia 30 tahun ke bawah. Statistik ini antara lain menggambarkan bahawa pelajar kolej dan golongan dewasa yang baru mula bekerja mewakili 50% daripada rakyat Malaysia yang diisytiharkan bankrap. Tidak kiralah jika anda memilki kad kredit sendiri atau diberi kad kredit oleh ibubapa, tanyalah diri sendiri: “Perlukah saya memiliki kad kredit?” Ingat! Jadilah pengguna kad kredit yang bertanggungjawab kerana anda (atau ibubapa anda) yang perlu membayar hutangnya nanti!

Gunakan Internet untuk membuat panggilan


Daripada menghabiskan wang untuk menambah nilai telefon bimbit, apa kata anda membuat panggilan melalui Internet? Anda bukan sahaja dapat berbual sepuas-puasnya, malah tidak perlu membayar walau sesen pun (jika mengunjungi “wi-fi hotspot” percuma). Sekiranya terdesak atau terpaksa menggunakan telefon bimbit, jangan lupa bahawa lebih murah untuk menghantar mesej (SMS) berbanding membuat panggilan.

Amalkan tabiat melabur


Menyimpan wang adalah tabiat yang baik tetapi anda perlu melaburkan duit tersebut agar mendapat pulangan yang lebih. Amalkan tabiat melabur secepat yang mungkin supaya anda boleh mendapat pulangan yang maksimum daripada pelaburan. Rebutlah peluang daripada kuasa pengkompaunan dengan melaburkan wang anda dalam produk pelaburan yang sesuai. Sebelum memulakan pelaburan, lakukanlah kaji selidik yang mencukupi dengan membaca prospektus, laporan kewangan dan laporan tahunan, majalah perniagaan dan lain-lain. Dalam memilih produk pelaburan yang paling sesuai dengan tahap risiko, matlamat kewangan dan bajet yang ada,anda perlu mengenali sedikit sebanyak tentang konsep pelaburan.

Gunakan kad pelajar anda


Kad pelajar adalah salah satu instrumen yang sangat membantu dalam usaha anda menyimpan wang. Anda boleh menggunakannya untuk mendapat diskaun ketika menonton wayang, membeli buku, menaiki LRT, melayari Internet, bercuti, makan, bersukan dan sebagainya. Bayangkan penjimatan yang anda dapat!

Kurangkan bil elektrik anda


Sedar atau tidak, tidak ramai yang mengambil berat isu penggunaan elektrik. Memasang lampu walaupun tiada orang di rumah merupakan suatu perkara lazim yang dipandang remeh walaupun ia merupakan satu pembaziran. Sebenarnya,apabila anda menjimat elektrik, anda juga menjimatkan wang. Antara perkara yang boleh dipraktikkan ialah mengekalkan kelajuan kipas pada tahap sederhana, menggunakan lampu jenis jimat tenaga, serta mengurangkan tahap kecerahan skrin komputer.




Apa itu whatsappweb ?





Apa itu WhatsApp Web? Seperti namanya, WhatsApp Web adalah versi web dari WhatsApp, yang berguna untuk chatting WhatsApp melalui web, menggunakan web browser di PC/komputer atau laptop Anda. Bagaimana cara menggunakan WhatsApp Web?

Pertama sekali, silakan update aplikasi WhatsApp di ponsel Anda (untuk Android, Windows Phone, Blackberry dan Symbian saja, untuk iOS saat ini belum support) ke versi terbaru .

Selanjutnya, buka web.whatsapp.com melalui Google Chrome, Opera, atau Firefox di PC atau laptop Anda. Di situ Anda akan menemukan kode QR besar untuk proses autentikasi nantinya.





PENTING: Bila Anda menggunakan PC atau komputer bersama/milik umum, matikan pilihan Keep me signed in agar riwayat pesan WhatsApp Anda tidak dibaca dan disalahgunakan pihak lain. Bila terlanjur, silakan buka aplikasi WhatsApp di telefon Anda > Menu > WhatsApp Web > Log out from all computers.

Buka aplikasi WhatsApp di telefon Anda, masuk ke Menu > WhatsApp Web, kemudian pindahkan kode QR besar tadi menggunakan telefon Anda.

TIPS: Bila Anda tidak boleh menjumpai tombol OK, GOT IT, sila tekan bahagian kanan bawah popup untuk memulakan pemindahan tersebut.








Apabila pilihan WhatsApp Web belum muncul, sila cuba tutup terus (Force stop) aplikasi WhatsApp Anda lalu mulakan kembali. Bila masih belum muncul, backupriwayat chatting WhatsApp Anda, kemudian lakukan Clear chace, masih belum muncul, cuba Clear data. Apa? belum juga? Uninstall aplikasi WhatsApp Anda dan install kembali. 

kini Anda boleha chatting WhatsApp di PC Anda via WhatsApp Web, tanpa emulator . Mesej yang dihantar dan diterima melalui WhatsApp Web akan automatik segera dengan aplikasi WhatsApp di telefon Anda, jadi Anda tidak perlu bimbang kehilangan mesej WhatsApp masa menggunakan WhatsApp Web.




Untuk mengaktifkan notifikasi WhatsApp di PC Anda (notifikasi desktop dari Google Chrome), klik Turn on desktop notifications di WhatsApp Web lalu klik Allow.




Masa menerima mesej, secara default WhatsApp Web akan mengeluarkan suara, begitu pula telefon Anda . Agar tidak mengganggu, Anda boleh mematikan notifikasi suara di WhatsApp Web melalui Menu (sebelah kiri) > Notifications > hapus semak pada pilihan Sounds.



Sebagai catatan, untuk tetap boleh WhatsAppan via WhatsApp Web, telefon Anda harus tetap terhubung ke internet. Walaubagaimanapun, Anda tak perlu membuka aplikasi WhatsApp di telefon Anda. Sepanjang aplikasi tersebut tetap berjalan di background dan terhubung ke internet, Anda boleh menggunakan WhatsApp Web di PC/komputer atau laptop tanpa masalah.

Berbeza dengan WhatsCloud yang telah dibahas beberapa waktu yang lalu, selain mesej teks dan emoji, Anda boleh mengirim gambar serta mesej suara melalui WhatsApp Web. Selain itu, Anda juga boleh melihat informasi kontak (termasuk Last seen, gambar profil, dan status) serta group WhatsApp Anda langsung melalui WhatsApp Web.

Negeri Perlis Indera Kayangan

Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Namun tidak bermakna kecil tiada tempat pelancongan yang menarik dan unik untuk diterjah bila musim cuti nanti. 

tempat menarik di Perlis yang popular untuk bercuti dengan keluarga

1. Ladang Anggur Perlis


Bagi mereka yang tak pernah ke Ladang Anggur, bolehlah ke sini merasai sendiri bagaimana bentuk pokok anggur ni.

Lokasi Taman Anggur Perlis ini hanya di KM 11, Jalan  KAki Bukit, 02400, Beseri, Perlis, Malaysia. Tak susah pun nak datang dan tak perlu pun nak naik bukit-bukau seperti nak ke Cameron Highland.

Ladang Anggur Perlis ini diselenggarakan dan diuruskan oleh Jabatan Pertanian Negeri Perlis di bawah Kementerian Pertanian.
ladang anggur perlis
Adakah pokoknya seperti pokok kelapa? Adakah pokoknya seperti pokok padi ? Makin tunduk makin berisi. Atau adakah seperti pokok buah labu yang tumbuh secara melata? Saya sendiri pun sebenarnya tertanya-tanya dulu-dulu, bagaimana pokok anggur ini boleh tumbuh di Malaysia?
Kalau nak ikutkan keadaan iklim memang tak sesuai sebab selalu hujan dan panas. Nak tahu rahsianya? Negeri Perlis merupakan satu-satunya negeri di Malaysia yang mempunyai iklim yang paling sesuai untuk menanam pokok anggur. Ini kerana iklim di Perlis ini agak berlainan daripada negeri lain.
Secara semulajadinya, pokok anggur memerlukan iklim yang kemarau 3-4 bulan, baru boleh berbunga dan berbuah. Dan disebabkan memang Perlis iklimnya sebegitu, maka sebab itulah pokok anggur ini boleh tumbuh dengan segar bugarnya di sini.
Apa yang ada di Taman Anggur Perlis? – Semestinyalah melihat pokok anggur, membeli buah anggur di kaunter pintu masuk (RM 10/500g) dan rasai pengalaman makan buah anggur yang segar dari ladang.
Selain itu anda juga boleh belajar bagaimana proses dari memetik buah anggur sehinggalah ke proses mengasingkan buah yang berlainan grade serta proses pembungkusannya.
Bagi mereka yang nak cuba menanam pokok anggur di rumah, di sini juga ada menjual anak pokok anggur.
Antara jenis-jenis buah anggur yang ada di sini ialah:
  • IAC
  • Black Queen
  • Black Opal
  • Pok Dam
  • White Malaga
  • Loose Pellet
Maklumat lain tentang Ladang Anggur Perlis:
  1. Harga nak masuk ke sini:
    • RM 3 untuk seorang dewasa
    • RM 1 untuk seorang kanak-kanak
    • Percuma untuk kanak-kanak 6 tahun ke bawah.
  2. Masa operasi
    • Dibuka setiap hari kecuali Isnin
    • waktu: 9 pagi – 6 petang
tempat pelancongan menarik di perlis
Kalau nak datang ke Taman Anggur Perlis,pastikan periksa dulu bila musim buah anggur. Kalau dah datang sekali buah anggur tak berbuah, dah buang masa di situ.
Seperti yang telah dikongsikan di atas, musim berbuah pokok anggur ini sekitar 3-4 bulan sekali dan tidak menentu, jadi sebaiknya semak waktu terbaik untuk melawat ke sini dengan hubungi nombor telefon di bawah.
Bagi mereka yang nakkan maklumat lanjut atau ada pertanyaan, sila berhubung dengan Jabatan Pertanian Negeri Perlis (Unit Taman Anggur) di 04-977 0433
Tengok kepada kemajuan bisnes penanaman anggur di Perlis ini, saya rasa pepatah yang selalu orang duk cakap “tengah tanam anggur”mungkin tidak sesuai lagi untuk digunakan sebagai sinonim kepada maksud “aku tengah menganggur ni”.
Satu tempat menarik di Perlis yang sangat unik untuk datang bersama anak-anak atau untuk lawatan sambil belajar dari sekolah dan kolej.
Keadaan sekeliling di Taman Anggur Perlis


2. Padang Besar – Bak Syurga bagi Ladies 

Satu tempat pelancongan di Perlis yang saya kira tidak perlu diperkenalkan lagi. Semua orang tahu Padang Besar (pekan yang bersempadan dengan Songkla) merupakan tempat tarikan di Perlis untuk membeli belah yang terletak lebih kurang 30-40 minit memandu dari Bandar Kangar.
tempat pelancongan di perlis
Di Padang Besar terletaknya sebuah kompleks bangunan yang dipanggil Arked Niaga yang menempatkan ratusan shop lot dan gerai/bazar yang menjual pelbagai jenis barangan pada harga yang murah. Dan rata-rata peniaga ada yang dari Malaysia dan ada yang dari Thailand.
Namun, seperti di kebanyakan pasar-pasar di negeri lain seperti di Zon Bebas Cukai Pengkalan Kubur atau di Pasar Kedai Payang di Terengganu, bukan semuanya murah dan kalau membeli tu, jangan lupa untuk survey harga dahulu dan gunakan skil masing-masing untuk tawar menawar.
makanan sedap di perlis
Antara barang-barang yang ada di Kompleks Arked Niaga serta gerai-gerai di sekitar bangunan ini ialah:
  • pakaian wanita, lelaki & kanak2 – jubah, skirt labuh, blaus, t-shirt, jersi
  • perhiasan/aksesori wanita dan lelaki – gelang-gelang, tali pinggang, dompet duit, beg tangan, handbag, backpack, kasut, selipar
  • makanan – kacang-kacang, badam, kerepek, beras
  • buahan tempatan – mempelam, rambutan, langsat, limau bali, salak
  • barangan dapur – periuk belanga, sudu, gelas, bekas makanan
  • hasil kraftangan – bakul anyaman, tudung saji anyaman, tikar, beg tangan anyaman, keychain, parang
  • barang permainan budak-budak, toto, selimut, bantal kekabu dan sebagainya
Konsep barangan yang ada di sini lebih kurang sama seperti di Zon Bebas Cukai di Negeri Kelantan iaitu di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor. Umumnya, kebanyakan barangan yang ada di sini terutamanya pakaian/beg didatangkan dari Siam. Ada yang berjenama (bukan ori) dan ada yang jenama entah apa-apa.
Waktu beroperasinya pula ialah di antara jam 8 pagi sehinggalah ke 6 petang bagi pintu Padang Besar. Kalau dah jalan-jalan shopping kat Padang Besar, bukan 30 minit yang akan dihabiskan, sekurang-kurangnya 2 jam. Kalau dah penat jalan-jalan, di sini juga ada gerai-gerai makan yang menyediakan makanan santai yang menarik seperti pulut ayam, pulut durian, laksa, cendol dan sebagainya.

3. Taman Ular dan Reptilia

Boleh dikatakan sebagai zoo mini yang menempatkan agak banyak hidupan reptilia ular dan juga beberapa binatang lain. Sebaik melangkah masuk ke pintu depannya, anda boleh melihat 3-4 ekor ular sawa (sawa batik dan sawa albino) yang hidup berlingkaran di atas meja.
bercuti ke perlis taman ular

Bagi yang berani, anda boleh cuba memegang ular-ular sawa ini atau melilit di tengkuk anda kalau nak rasa betapa kuatnya belitan ular sawa. Jangan risau semua ular-ular ini semuanya di bawah pantauan staff-staff yang bertugas.
Selain ular yang hidup, ada juga pameran ular yang sudah mati yang diawet dan diletakkan di dalam bekas berbingkai bagi memudahkan pengunjung melihat dan mempelajari dengan lebih lanjut tentang ular-ular ini.
Pertunjukan ular juga diadakan di sini pada hujung minggu, cuti sekolah dan cuti-cuti umum.
tempat pelancongan menarik perlis

Di sini terdapat lebih 100 ekor ular daripada lebih 30 spesis ular, dalam dan luar negara. Pameran ular di sini mempunyai yang bersangkar (untuk ular berbisa) dan yang terbuka (untuk ular seperti ular sawa).
Di antara spesis ular yang ada di sini:
  • ular sawa – yang terberat seberat 80 kilogram dan panjangnya lebih 20 kaki
  • ular tedung senduk
  • ular tedung selar
  • ular ekor merah
  • ular rusuk kerbau
  • ular katam tebu
  • ular katam payung
  • ular tedung senduk sembur
Antara binatang-binatang lain yang ada di Taman Reptilia Perlis:
  • landak
  • burung unta
  • buaya
  • ayam
  • memerang
  • katak bertanduk
  • iguana
  • ijok
  • tuntung
  • biawak hutan (ada juga yang berekor dua)
Info lain berkenaan dengan Taman Reptilia Perlis:
  1. Harga tiket:
    • Dewasa – RM 4
    • Kanak-kanak – RM 1
  2. Waktu beroperasi:
    • 9 am – 6 pm (setiap hari)

4. Gua Kelam – kini tidak sekelam dulu kerana ada lampu

Bagi mereka yang inginkan aktiviti yang lebih mendekatkan diri kepada alam semulajadi, salah satu tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati ialah di Gua Kelam yang merupakan sebuah gua batu kapur dan juga sebahagian daripada pembentukan Banjaran Nakawan.
Di pintu masuk Gua Kelam ini anda boleh melihat tangga-tangga dan laluan (Cave Walk) yang telah dibina untuk masuk ke dalam gua dan siap dengan kemudahan lampu bagi menerangi kegelapan gua.
tempat menarik di kangar perlis
Gua Kelam merupakan destinasi pelancongan ‘bergua’ yang sangat popular kerana kemudahannya yang lengkap untuk pengunjung serta keunikan gua itu sendiri yang mempunyai anak sungai di sepanjang gua sehinggalah ke pintu masuk gua.
Akses ke Gua Kelam dengan kereta pun senang dan hanya mengambil masa sekitar 30 minit dari bandar Kangar. Nak masuk ke gua ini pun murah, hanya RM 1 untuk dewasa dan 50 sen untuk kanak-kanak.
Antara tarikan yang boleh anda jumpa dan buat di Gua Kelam ini ialah:
  • melihat koleksi barangan bersejarah yang bersangkut paut dengan industri pelombongan bijih timah. Kalau nak tahu, dulunya Gua Kelam merupakan pusat pelombongan bijih timah yang berkualiti. Antaranya ialah terowong melombong dan landasan untuk troli mengangkut bijih timah yang dibina daripada kayu dan besi. (kalau anda suka tengok cerita koboi Inggeris, mesti boleh bayangkan).
  • kalau malas nak berjalan menerusi jalan-jalan gua ini, anda juga bolehmenaiki keretapi kecil ( seakan trem ) untuk masuk ke dalam Gua Kelam ini. Harganya cuma RM 5 untuk dewasa dan kanak-kanak RM 3. Jarak menaiki keretapi ini lebih kurang 400 m dan untuk satu trip akan mengambil masa lebih kurang setengah jam.
  • melihat stalagtit dan stalagmit gua. Sesuai membawa anak-anak untuk melawat sambil belajar dan melihat sendiri bentuk gua. Baru mantap subjek Geografi di sekolah :)
  • lukisan di dalam gua yang dipercayai dilukis oleh orang-orang zaman batu.
  • berpeluang melihat binatang-binatang gua seperti kelawar, labah-labah, serangga serta ular. (jangan risau laluan jalan kaki dalam gua tinggi, terang dan selamat)
  • kemudahan asas lain juga ada seperti tandas, dewan, kafe, pondok rehat dan tapak perkhemahan.
Selain berjalan kaki, ada juga yang melalui jalan-jalan gua ini dengan berbasikal.

5. Masjid Terapung Al Hussain – RM 12 juta tapi dinding tidak bercat

Bagi mereka yang dah terlanjur ke Kuala Perlis, jangan lepaskan peluang untuk singgah solat di Masjid Terapung Al Husin ini. Destinasi masjid yang paling cantik di Perlis dan boleh dianggap sebagai salah satu tempat menarik di Perlis pada waktu makan di Kuala Perlis untuk melepak selepas solat Maghrib dan Isyak.
tempat pelancongan best di perlis

Dengan lokasinya yang mengadap Selat Melaka, pemandangan dari sini terutamanya di waktu senja, memang sangat cantik. Banyak photographer profesional samaada dalam dan luar negara yang datang singgah di sini di waktu senja untuk mengambil gambar matahari terbenam.
Fakta paling menarik tentang Masjid Terapung Al Hussin ini,  dinding masjid TIDAK dicat kerana bahan binaannya merupakan batuan jenis coral, granit, pebbles, marmar dan kuartz. Patutlah kos binaan masjid ini menelan RM 12 juta.
Selain itu, terdapat juga beberapa batang pokok kurma yang diimport khas dari Arab bagi menambah lagi seri sentimen Asia Barat di masjid ini.

6. Taman Herba Perlis

taman herba perlis
Destinasi yang tidak jauh dari Taman Reptilia Perlis dan mempunyai pelbagai jenis spesis tumbuhan herba yang ada seperti Kacip Fatimah, Tongkat Ali, Kayu Manis , Cekor, Serai, Mengkudu, Selasih dan sebagainya.
Taman Herba Perlis sememangnya satu tempat menarik di Perlis yang lebih kepada lawatan sambil belajar mengenali pokok tumbuhan yang sering dijadikan untuk perubatan.
Sesuai untuk dilawati kalau ada  rombongan sekolah atau anak-anak kecil yang masih belum pernah tengok pokok asal seperti Tongkat Ali dan Kacip Fatimah.

7. Muzium Kota Kayang

muzium kota kayang


Kira-kira 7 km dari Kangar, terletaknya Muzium Kota Kayang yang menempatkan pelbagai koleksi artifak dan barangan sejarah berkenaan negeri Perlis Indera Kayangan.
Seperti di kebanyakan muzium lain, di sini juga anda boleh belajar dan melihat sendiri perkakas dan artifak sejarah termasuk di era Neolitik, barangan Diraja, peralatan harian bangsawan Perlis, barangan arkeologi, replika bunga emas dan sebagainya.
Ada 5 galeri sejarah di kompleks muzium ini iaitu:
  • Galeri Sejarah
  • Galeri Arkeologi
  • Galeri Senjata
  • Galeri Diraja
  • Galeri Kebudayaan
Sesuai sangat bawa anak-anak ke sini untuk memantapkan lagi ilmu sejarah mereka. Masuk pun percuma.

8. Kuala Perlis

/
ikan bakar kuala perlis
Pekan kecil yang popular dengan tempat makan best dan murah yang berasaskan seafood yang fresh. Di sini juga terletaknya jeti Kuala Perlis yang juga menghubungkan Pulau Langkawi.
Kalau nak makan malam yang best seperti ikan bakar, goreng-gorengan, sotong celup tepung dan lain-lain, sinilah tempat dia. Sesuai datang ke sini selepas selesai solat magrib di Masjid Terapung Al Hussin.
Selain itu, Kuala Perlis juga popular sebagai lokasi memancing dan tempat melepak di waktu petang.

9. Tasik Timah Lasoh

taman tasik lasoh perlis
Merupakan tasik buatan manus
ia di Perlis yang tidak kurang popularnya. Di sini terdapat resort yang sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan yang mendamaikan serta dekat dengan Padang besar serta Pasar Wang Kelian (sebelah Malaysia).
Selain itu anda juga boleh ke Pasar Sehari Wang Prachan yang terletak di sebelah Thailand yang hanya bersebelahan dengan Pasar Sehari Wang Kelian. Prosedur nak pergi sini pun senang asalkan ada MyKad.
Tidak jauh dari Tasik Timah Lasoh ini, terdapat juga tempat menarik lain seperti dusun buah-buahan. Anda boleh ke dusun ini free je kalau menginap di Tasoh Lake Resort & Restreat. Adalah peluang kalau nak merasa mempelam harum manis yang popular di utara.
Tasik Timah Lasoh memang terkenal sebagai destinasi bagi mereka yang kaki pancing. Di sini terdapat pelbagai jenis ikan air tawar seperti Talapia, Ubi, Keli, Haruan dan Gelang Pam.

10. Tasik Melati

tasik melati perlis
Tasik Melati pula yang terletak dalam 9 km dari Kangar lebih kepada kawasan rekreasi. Di sekitar tasik ini ada laluan jalan kaki dan sesuai kalau anda nak berehat dan berjogging.
Destinasi Taman Melati memang menjadi kawasan tumpuan penduduk setempat untuk beriadah dengan keluarga.
Selain melihat pemandangan tasik yang tenang dan cantik, di sini juga adapermainan sukan air seperti paddling bot.

11. Pusat Rekreasi Bukit Air

pusat rekreasi bukit air perlis
Di sini pula, sesuai untuk mereka yang nak berekreasi dengan keluarga untuk aktiviti seperti berkhemah atau mandi air terjun.
Selain itu di sekitar Pusat Rekreasi Bukit Air ini, terdapat kemudahan asas lain yang menjadikan destinasi ini sesuai untuk berpiknik dengan keluarga seperti pondok, tandas, taman permainan, gerai-gerai makanan serta surau.
Ada juga trail di sekitarnya kalau anda sukakan aktiviti meredah hutan. Satu tempat yang menarik di Perlis kalau anda lebih ingin mendekatkan diri dengan alam sekitar. Nak ke sini dari Bandar Kangar pun tak jauh, hanya 15-20 minit memandu sahaja.

12. Taman Negeri Perlis


taman negeri perlis
Terletak di Wang Kelian, Taman Negeri Perlis lebih kepada destinasi percutian yang lebih mencabar. Mungkin sesuai sekiranya ke sini tanpa anak-anak kecil, maklumlah kalau datang berkhemah dan meredah hutan, budak kecil mana boleh tahan.
Di sini juga terdapat kemudahan seperti chalet, tandas dan kafe. Tempat dan tarikan pelancongan di Taman Negeri Perlis:
  • melihat Keindahan flora dan fauna
  • Air Terjun Lata Kasih
  • Trek Kambing Gurun
  • Pemandangan Panaroma tasik
  • Penghijrahan pelbagai spesies burung